nuffnang

Tuesday, April 22, 2014

Mengundang Rezeki Lebih Penting Daripada Mencari Rezeki

Setiap hari kita melihat manusia berpusu-pusu keluar mencari rezeki. Ada yang keluar dari pagi hingga malam. Ada yang mengembara beribu-ribu kilometer. Ada yang menuju nun jauh ke lautan. Ada yang meninggalkan keluarga berbulan-bulan. Ada yang bekerja setiap masa tanpa henti dari muda hingga ke tua.
Untuk mendapatkan rezeki pula, ada yang sanggup menipu dan merampas harta orang lain. Ada yang sanggup berbunuh-bunuhan. Ada yang sanggup melakukan pekerjaan yang terkutuk dan hina. Ada juga yang sanggup melanggar larangan Allah seperti riba dan rasuah.
Namun anehnya rezeki yang dicari tidak cukup-cukup. Makin dibanting kudrat, tidak cukup juga hasilnya. Makin dikumpul, makin berkurangan. Ada yang gaji berpuluh ribu, hujung bulan licin juga. Hutang-hutang pun bertimbun. Ke mana pergi wangnya pun tidak diketahui.
Semua ini terjadi kerana ramai yang tidak mengerti tentang hakikat sebenar rezeki. Kita perlu tahu bahawa rezeki kita sebenarnya ditetapkan oleh Pemberi rezeki iaitu Allah SWT. Yang menentukan rezeki kita bukan pekerjaan atau jawatan kita. Yang menentukan rezeki bukan majikan atau bos kita. Tetapi kita perlu yakin dan beri’tiqad bahawa yang menentukan qada’ dan qadar serta rezeki kita hanya Allah SWT semata-mata.
Apabila kita sedar bahawa Allah SWT ialah satu-satunya Pemberi rezeki dan  rezeki kita ditulis oleh Allah SWT, tidak ada gunanya kita mencari rezeki bermati-matian jika Allah SWT tetap tidak izinkan kita untuk memilikinya.
Oleh sebab itu, kita perlulah mendahulukan perbuatan mengundang rezeki sebelum mencari rezeki. Apabila sudah tahu dimanakah terletaknya rezeki, pastilah lebih mudah untuk kita mendapatkannya berbanding dengan membuang masa mencarinya.
Di manakah terletaknya rezeki? Rezeki terletak hanya di tangan Pemberinya semata-mata iaitu Allah SWT. Dialah yang membuka dan menutup pintu rezeki. Dialah yang menambah dan mengurangkan rezeki.
Bagaimanakah pula caranya untuk mengundang rezeki? Kita perlulah melakukan segala suruhannya dan tinggalkan semua larangan yang dikehendaki oleh Pemberi rezeki. Yakinlah dengan janji-janjiNya. Pujilah Dia. Bodeklah Dia. Ampulah Dia. Sayangilah Dia. Sayangilah orang yang disayangiNya. Mohonlah kepadaNya. Dan janganlah berputus asa dengannya. Berbuat baiklah sebagaimana disuruh sesama makhluk. Jalinkan silaturrahim sesama insan sebagaimana yang diperintahkanNya. Sebarkanlah dan berkongsilah kepada makhluk yang lain tentang perkhabaranNya dan ancamanNya. Ceritakanlah kepada manusia lain tentang kehebatanNya.
Janji-Janji Allah SWT dalam memberi rezeki:
1) Bertaqwa : Bertaqwa merupakan syarat utama untuk menjemput rezeki. Taqwa bermaksud takut kepada Allah dengan mengelakkan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT dan menahan diri daripada dosa. Melakukan segala suruhan Allah SWT juga merupakan suatu bentuk ketaqwaan.
2)  Bersolat: Sabda Nabi Muhammad SAW: ” Solat ialah salah satu perkara yang disukai oleh Allah S.W.T. Ia juga perbuatan yang dicintai oleh para malaikat,dan ianya adalah sunnah Ambiyaa` Alaihi Mussolatu Wassalam, Nur (cahaya) kepada maar`ifah dicapai dan doanya diterima, dan keberkatan rezeki didapati.”
Sahabat Nabi juga penah berkata: “Apabila isi rumah dan bekalan makanan di rumah Nabi S.A.W berkurangan dan tidak ada, Baginda menyuruh isi rumahya menunaikan solah dan membaca ayat:
” Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah Engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadaMu, (bahkan) Kamilah Yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa.” (Taha :132)
3) Bersegera Untuk Allah SWT: Nabi Muhammad bersabda: “Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”- H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.-
4) Istighfar:  Saidina Abbas R.Anhu meriwayatkan bahawa Nabi .S.A.W bersabda, “Seseorang yang kerap mengucapkan istighfar,yang mana ianya meminta keampunan dari Allah S.W.T atas dosa yang dia telah buat,maka Allah S.W.T akan membuka jalan-jalan penyelesaian dari kemiskinan dan kesusahan. Segala penderitaan dan kesusahan akan dialihkan dan pada tempatnya kemakmuran dan kesejahteraan akan didapati yang mana seseseorang itu akan menerima rezeki dari sumber yang tidak diketahui dan tidak dijangka sumbernya.”
5) Tawakkal:  Tawakkal pada Allah S.W.T boleh diterjemah dan ditakrifkan sebagai berharap sepenuhnya pada Allah S.WT di dalam penerangan yang lebih terperinci ianya bermaksud seratus peratus  berserah dan berharap pada Allah SWT akan memberi rezeki. Tawakkal juga menggesa kita   mempercayai bahawa jika semua mahluk ciptaanAllah S.W.T berkumpul dan datang untuk mengubah sesuatu, maka pasti mereka tidak mampu mengubahnya kecuali dengan izin Allah SWT
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”  (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi.)
6) Infaq Di Jalan Allah SWT: Ramai yang hairan bagaimanakah harta akan bertambah jika kita memberikan harta kita kepada  orang? Disebabkan perasaan risau itu jugalah, ramai yang tidak sanggup bersedekah dan menderma kerana khuatir berkurangnya harta.
Anehnya, ramai pula orang yang tidak beriman yang rajin menderma kerana mereka percaya ia boleh menambahkan lagi kekayaan mereka. Robert Kiyosaki pernah menulis tentang antara rahsia kekayaannya ialah, sewaktu ekonominya tidak stabil, dia akan mencari apakah barangan yang paling disayanginya, lalu dia akan menderma barangan yang paling disayanginya dan dia akan dikurniakan rezeki yang berganda selepas itu.
Warren Buffet yang pernah tersenarai sebagai orang paling kaya di dunia pun yakin dengan amalan menderma dan bersedekah. Dia pernah menderma setengah hartanya berjumlah US 30 Billion semata-mata untuk kebajikan manusia.
Hairan bin ajaib. Sepatutnya orang Mukmin lebih terkehadapan di dalam bab bersedekah dan menderma. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu.” -Hadis Riwayat Bukhari & Muslim-
7) Menyambung Silaturrahim: Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.”
8) Berhijrah: Dalam al-Quran terdapat satu ayat yang menyatakan tentang orang yang berhijrah akan memperolehi banyak rezeki. “Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (An-Nisa’: 100)
9) Tinggalkan perbuatan dosa : Tiada gunanya beristighfar jika masih melakukan dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” – [Riwayat at-Tirmizi]
10) Berbakti dan mendoakan ibu bapa: Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda S.A.W. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya.” – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]
11) Berbuat baik dan menolong orang yang lemah : Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” – [Riwayat Bukhari]
12) Banyakkan berbuat kebajikan : Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
13) Melazimi solat malam (tahajjud) : Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T.
14) Melazimi solat Dhuha : Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]
15) Bersyukur kepada Allah S.W.T. : Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” – [Ibrahim: 7]
16) Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu : Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.
Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
17) Berdoa : Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
18) Berikhtiar sehabisnya : Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.
Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
19) Bertawakal : Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya).” – [At-Talaq: 3]

Banyak lagi amalan-amalan lain yang dapat menambahkan lagi rezeki dan keberkatan hidup kita yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dan diajarkan oleh Rasulullah SAW. Marilah menambahkan keyakinan kita terhadap kebenaran janji-janji Allah SWT.

Tuesday, November 19, 2013

Perkara Yang Menyekat Rezeki

Perkara yang Menyekat Rezeki

Assalamualaikum W.B.T.


Ilmu ini saya copy daripada rakan http://www.whiteymommy.com/, bagi saya menarik untuk dikongsi. Semoga bermanfaat

1)  Tidak solat
2)  Tidak membaca bismillah ketika hendak makan.
3)  Makan atas pinggan terbalik
4)  Memakai kasut atau sandal memulakan dgn kaki kiri
5)  Menganggap ringan apa-apa yg terjatuh dlm hidangan makanan
6)  Berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil
7)  Suka bersandar pada pintu rumah
8)  Suka duduk diatas tangga
9)  Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan
10) Membasuh tangan dengan tanah @ bekas tepung
11) Tidak membersihkan rumah
12) Membuang sampah@ menyapu dgn kain
13) Suka membersihkan rumah pada waktu malam
14) Suka tidur diatas muka
15) Membakar kulit bawang
16) Menjahit baju yang sedang dipakai
17) Mengelap muka dengan baju
18) Berdiri sambil bercekak pinggang
19) Tidur tidak memakai baju.
20) Makan sebelum mandi hadas
21) Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas solat subuh
22) Pergi ke pasar sebelum matahari terbit
23) Lambat pulang dari masjid
24) Doa perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak
25) Kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidang
26) Suka memadam pelita dengan nafas
27) Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup
28) Membasuh kaki dengan tangan kanan
29) Membuang air kecil pada air yang mengalir
30) Memakai seluar sambil berdiri
31) Memakai serban sambil duduk
32) Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis
33) Makan dengan 2 jari
34) Berjalan diantara kambing
35) Berjalan diantara dua perempuan
36) Suka mempermainkan janggut
37) Suka meletakkan jari tangan pada bahagian lutut
38) Meletakkan tapak tangan pada hidung
39) Suka mengigit kuku dengan mulut
40) Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan
41) Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil
42) Menguap ketika solat
43) Meludah di tempat buang air besar atau air kecil

Wallahu'alam...

Read more: http://www.whiteymommy.com/

Jatuh Cinta dengan Vitamin Shaklee





Perkenalan aku dengan vitamin SHAKLEE http://hebatkan.blogspot.com/kak aini, terangkan dan rajin melayan aku yg byk soalan ni tentang shaklee. bermula dgn set kecantikan pastu set menyusu plak, masa pregnant dulu, tangan ade masalah skit, ala-ala sindrom carpal tunnel tu, tp alhamdullilah sejak menggunakan alfafa shaklee alhamdullilah beransur pulih, 5 tahun aku sakit sejak pregnant 1st lagi, klu la aku tahu psl kebaikan shaklee ni, mmg dh lama aku ambik. Makin Hari Makin Serasi Makin Jatuh Cinta dgn produk SHAKLEE ni. Kini aku pun dh jd Ahli Shaklee jugak, :) 

Tuesday, December 11, 2012

Petua untuk Bakal Ibu




Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka. Tentunya berita kehamilan paling ditunggu selepas diijabkabulkan, namun kehamilan buat pertama kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita.

Perasaan berdebar, takut dan gembira pasti menyelubungi setiap pasangan. Banyak petua dan pantang larang perlu diikuti sewaktu berbadan dua bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Pengalaman hamil pasti memberi pengalaman manis sebelum bergelar ibu. Gejala seperti morning sickness, loya, pening antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu.

Berikut beberapa tips yang boleh dikongsi untuk bakal ibu.

Perkara perlu dielakkan sewaktu hamil:

* Penjagaan kuku tangan kaki - Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda.

Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.

* Jalani rawatan muka - Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.

* Mewarna rambut - Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.

* Kasut bertumit - Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.

* Ubat nyamuk - Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

Derma darah - Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.

* Bawa barang - Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.

* Durian - Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

* Kapal terbang - Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.

* Gincu bibir - Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.

* Krim pemutih - Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

* Ubat jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.

Nutrisi penting sewaktu hamil

* Protin - Pastikan tiga makanan utama diambil mengandungi protin tinggi seperti kekacang, daging, telur keju yang berfungsi membina tisu dan otot bayi

* Kalsium - Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya, tauhu dan produk tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi

* Zat besi - Banyakkan pengambilan daging merah bagi melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu di samping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang

* Asid folik - Ia sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf 'embryonic' dan 'fetal' yang penting untuk tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin

* Serat - Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung

* Air - Amalkan meminum air putih lapan hingga 12 gelas sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus dan sup

Makanan tambahan sewaktu hamil

Pengambilan makanan tambahan dengan dos berlebihan boleh membahayakan ibu kerana ia larut dalam lemak. Paling penting adalah kalsium, asid folik dan zat besi.

Makanan yang harus dielak sewaktu hamil

Makanan mentah dan separuh masak, misalnya kafein, sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar.



Tuesday, November 13, 2012

Semuanya Bermula Dengan Masalah Iman


"Kenapa aku malas nak beribadah kepada Allah?”
“Kenapa mudah sangat aku buat dosa?”
“Kenapa aku mudah teruja dengan keingkaran dan kemaksiatan?”
“Kenapa mudah sangat aku ini bersangka buruk kepada sahabat dan hendak menyakitkan hatinya?”
“Kenapa susah aku nak jadi baik?”
Ramai mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini. Ramai yang mencari mengapa dirinya terjerumus dalam sebuah ruang bernama ‘negatif’. Terperangkap dan tidak dapat keluar. Sering mempersoalkan mengapa dirinya sukar hendak menjadi hamba Allah SWT yang baik. Maka dicari apakah rawatannya.
Tetapi untuk saya, rawatan tidak akan bermakna, jika kita tidak tahu apa punca masalahnya.
Dan jawapan saya akan permasalahan-permasalahan yang kita hadapi dalam diri kita sepanjang kehidupan ini, adalah  bermula dengan permasalahan iman.
Iman = Kekuatan.
Adalah menjadi satu formula bagi saya bahawasanya iman adalah kekuatan untuk mereka yang mengakui hendak mengabdikan kehidupannya kepada Allah SWT. Yang ingin menjadi khalifah, meneruskan tanggungjawab yang Allah galaskan pada bahu mereka.
Maka tiada kekuatan yang akan dapat memberikan sokongan padu untuk menjamin diri istiqomah menjadi hambaNya, mampu menggerakkan amanah-amanahNya, melainkan keimanan kita kepadaNya.
Kita beriman kepada hari akhirat, qada’ dan qadar’, Al-Quran, Rasul-Rasul, kewujudan Malaikat dan kehadiran Allah SWT dalam kehidupan kita. Itulah yang memberikan kita kekuatan.
Dan, keimanan jika kita interprestasikan sebagai hanya semata-mata ‘percaya dengan hati’, maka itu adalah keimanan yang mandul dan tidak memberikan kesan. Keimanan mestilah disertai dengan ‘amalan’, ‘tindakan’. Barulah ianya akan menunjukkan hasilnya.
Sebab itu jangan sesekali kita lupa kata-kata yang masyhur akan keimanan:
“Iman itu bukanlah sekadar cita-cita dan bukanlah sekadar kata-kata, tetapi ianya adalah apa yang tersemat di dalam hati, dan dibuktikan dengan amalan.” Bukan sekadar tersemat di dalam hati semata-mata.

Dosa = Ancaman.
Iman boleh diancam. Ianya diancam dengan dosa. Saat kita melakukan keingkaran kepada Allah SWT, hakikatnya keimanan kita telah hilang. Selepas itu jika kita rasa bersalah, menyesal, itu tandanya keimanan masih membekas di dalam diri kita, walaupun mungkin tidak cukup kuat untuk menghalang kita dari ingkar kepadaNya.
Namun ada yang langsung tidak rasa bersalah. Keimanannya tidak bergetar.
Sebelum tiba ke tahap itu, biasanya kita akan rasa bersalah. Kita akan rasa ada yang tidak kena, bila melakukan dosa. Namun apabila perasaan bersalah ini, rasa tidak kena ini, tidak kita hargai, tidak kita sahut, lama kelamaan dosa menjadi biasa, dan kita tidak akan rasa apa-apa saat melakukannya. Mengapa? Kerana dosa itu memberikan bintik hitam ke dalam jiwa. Apabila jiwa telah gelap, jiwa telah beku dan mati, hingga tidak lagi mampu merasakan dosa adalah ancaman.
“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” Hadith riwayat Al-Baihaqi.
Kerana itu, apabila kita merasa sukar hendak melakukan kebaikan, kita melihat payah untuk kita menjadi hamba Allah yang taat, perkara pertama yang perlu kita lihat bukannya ‘apakah doa yang mesti kubaca’ atau ‘apakah ibadah yang mesti kulakukan’. Tetapi pertamanya, kita perlu melihat ‘apakah dosa yang masih aku lakukan?’. Kerana dosa inilah yang memberatkan kita dari melaksanakan kebaikan.
Penyelesaian – Meningkatkan Keimanan.
Pertarungan antara kebaikan dan kejahatan adalah perkara biasa di dalam diri manusia. Hati dan jiwa kita adalah medan pertarungannya. Apa yang kita perlu lakukan adalah memenangkan keimanan itu dalam setiap pertarungannya.
Kita laksanakan kebaikan-kebaikan, dan jangan memandang enteng akannya, walau kelihatan kecil di mata kita.
Senyum, derma, bersangka baik,  berpakain kemas, menjaga kebersihan, tidak membazirkan makanan/masa/wang, solat fardhu 5 kali sehari, membaca Al-Quran paling kurang 1ms sehari, beristighfar paling kurang 10x setiap lepas Solat dan sebagainya. Ringan-ringan sahaja.
Sebelum kita pergi tambah kepada solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, Al-Quran 10ms sehari, istighfar 100x sehari tambah dengan zikir-zikir, qiyamullail dan sebagainya.
Kebaikan-kebaikan yang kita laksanakan akan menambahkan kekuatan iman kita. Di samping jangan lupa untuk membaca buku-buku yang menjana kefahaman kita akan keimanan terhadapNya. Jangan dihabiskan terlalu banyak masa pada drama, game, movie, lagu-lagu dan sebagainya yang tidak menghubungkan kita kepadaNya.
Dengan melakukann kebaikan, kita telah mengurangkan masa untuk melakukan kejahatan. Dan apabila banyak melakukan kebaikan, kita akan mula merasa ‘pelik’ untuk tiba-tiba ingkar kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan mencuri seorang pencuri, sekiranya ketika dia mencuri itu dia beriman. Tidak akan berzina seorang penzina, sekiranya ketika dia berzina itu dia beriman. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak, sekiranya ketika dia meminum arak itu dia beriman.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Jelas menunjukkan bagaimana, iman dan keingkaran kepada Allah SWT itu tidak akan hidup pada satu tempat yang sama.

Penutup: Keimanan Itu Kekuatan, Dosa Itu Ancaman.
Saya sentiasa percaya bahawa dengan kita taat kepada Allah SWT, kita akan bahagia. Beriman kepada Allah tidak menjamin kita terlepas dari masalah, cabaran, halangan yang wujud di atas muka bumi ini. Kerana ujian dengan kehidupan adalah kembar, satu realiti yang mesti kita terima.
Tetapi sekurang-kurangnya, apabila kita taat kepada Allah SWT, kalau kita ada bermasalah dengan dunia ini sekali pun, dengan manusia mana sekalipun, sekurang-kurangnya kita tahu yang kita tidak bermasalah dengan Empunya Dunia, dan Pencipta Kepada Manusia. Bukankah itu sudah menjadi satu kekuatan untuk meneruskan kehidupan dengan penuh kebahagiaan?
Namun jika keimanan hilang dan yang ada hanyalah dosa-dosa, memang kita akan sentiasa rasa ‘penat’, resah, gelisah, takut, malas, dan sebagainya. Kerana kita tiada ‘kekuatan’. Dan apa sahaja kekuatan yang kita ada dalam keadaan kita melakukan keingkaran kepada Tuan Punya Kekuatan itu, kita tahu kekuatan yang kita ada itu tidak akan kekal lama.
Kerana Allah jualah kekuatan yang sebenarnya.
Untuk menyelesaikan masalah-masalah dalaman kita, memang menyelesaikan masalah iman adalah perkara pertama yang perlu dilaksanakan oleh kita!
sumber ilmu dari langgit illahi

Monday, October 15, 2012

Beberapa panduan dari AlHadith tentang mencari rezeki yang berkat




“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

“Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)

“Allah taala membantu umat ini hanyalah sebab orang-orang lemah mereka, sebab doa mereka, solat mereka dan ikhlas mereka.” (Riwayat AnNasaie, sahih)

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)


“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)


Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


“Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)


“Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


“Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu DITAHAN REZEKINYA disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)


“Nikahilah perempuan kerana mereka akan membawa harta kepada kamu.” (riwayat Bazzar, Daruqutni dan Hakim, hadis hasan)


“Adakah kamu suka hatimu menjadi lembut, dan kamu memperolehi hajat keperluanmu? Kasihanilah anak yatim, usaplah kepalanya, dan berikanlah dia daripada makananmu, nescaya lembutlah hatimu dan kamu akan memperolehi hajatmu.” (Riwayat Tabrani)


“Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan-amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.


“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
“Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Riwayat Tabrani)


“Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Tabrani, Ibnu Adi)


“Sesungguhnya tidur pada waktu pagi menghalang sebahagian rezeki” Abu Nuaim.
“Ikutlah antara haji dan umrah kerana di dalam mengikuti antara keduanya menambah panjang umur dan menambah rezeki” (Ahmad, Ibnu Majah, Daruqutni, Tabrani)


“Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri”. (Riwayat al-Bukhari)





Mengapa Rezeki Kita Sempit.......


Allah SWT menciptakan semua makhluk telah sempurna dengan pembagian rezekinya. Tidak ada satu pun yang akan ditelantarkan- Nya, termasuk kita. Karena itu, rezeki kita yang sudah Allah jamin pemenuhannya. Adakah sungguh sungguh mencarinya atau tidak? Yang lebih tinggi lagi benar atau tidak cara mendapatkannya. Rezeki di sini tentu bukan sekadar wang. Ilmu, kesehatan, ketenteraman jiwa, pasangan hidup, keturunan, nama baik, persaudaraan, ketaatan termasuk pula rezeki, bahkan lebih tinggi nilainya dibanding wang ringgit.

Walau demikian, ada banyak orang yang dipusingkan dengan masalah pembagian rezeki ini. “Mengapa sukar memperolehi rizqi, padahal sudah mati-matian mencarinya?” “Mengapa ya saya gagal terus dalam perniagaan?” “Mengapa hati saya tidak pernah tenang?” Ada banyak penyebab, mungkin cara mencarinya yang kurang profesional, kurang serius mengusahakannya, atau ada keadaan atau situasi yang menyebabkan Allah Azza wa Jalla “menahan” rezeki yang bersangkutan. Poin terakhir inilah yang akan kita bahas. Mengapa aliran rezeki kita tersumbat? Apakah penyebabnya?

Allah adalah Dzat Pembagi Rezeki. Tidak ada setetes pun air yang masuk ke mulut kita kecuali atas izin-Nya. Karena itu, jika Allah SWT sampai menahan rezeki kita, pasti ada sesuatu yang salah yang kita lakukan. Setidaknya ada lima hal yang menghalangi aliran rezeki.

Pertama, tahap tawakkal di hati. Dengan kata lain, kita berharap dan menggantungkan diri kepada selain Allah. Kita berusaha, namun usaha yang kita lakukan tidak dikaitkan dengan-Nya. Padahal Allah itu mengikut prasangka hamba-Nya. Ketika seorang hamba berprasangka buruk kepada Allah, maka keburukan-lah yang akan ia terima. Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Demikian janji Allah dalam QS Ath Thalaaq [63] ayat 3.

Kedua, dosa dan maksiat yang kita lakukan. Dosa adalah penghalang datangnya rezeki. Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seseorang terjauh dari rezeki disebabkan oleh perbuatan dosanya.” (HR Ahmad). Saudaraku, bila dosa menyumbat aliran rezeki, maka tobat akan membukanya. Andai kita simak, doa minta hujan isinya adalah permintaan tobat, doa Nabi Yunus saat berada dalam perut ikan adalah permintaan tobat, demikian pula doa memohon anak dan Lailatul Qadar adalah tobat. Karena itu, bila rezeki terasa seret, perbanyaklah tobat, dengan hati, ucapan dan perbuatan kita.

Ketiga, maksiat saat mencari nafkah. Apakah pekerjaan kita dihalalkan agama? Jika memang halal, apakah benar dalam mencari dan menjalaninya? Tanyakan selalu hal ini. Kecurangan dalam mencari nafkah, entah itu korupsi (waktu, uang), memanipulasi timbangan, praktik mark up, dsb akan membaut rezeki kita tidak berkah. Mungkin wang kita dapat, namun berkat dari wang tersebut telah hilang. Apa ciri rezeki yang tidak berkat? Mudah menguap untuk hal sia-sia, tidak membawa ketenangan, sulit dipakai untuk taat kepada Allah serta membawa penyakit. Bila kita terlanjur melakukannya, segera bertobat dan kembalikan harta tersebut kepada yang berhak menerimanya.

Keempat, pekerjaan yang melalaikan kita dari mengingat Allah. Bertanyalah, apakah aktiviti kita selama ini membuat hubungan kita dengan Allah makin menjauh? Terlalu sibuk bekerja sehingga lupa solatt (atau minimal jadi telat), lupa membaca Alquran, lupa mendidik keluarga, adalah contoh-contoh pekerjaan kita tidak berkat. Jika sudah demikian, jangan heran bila rezeki kita akan tersumbat. Idealnya, semua pekerjaan harus membuat kita semakin dekat dengan Allah. Sibuk boleh, namun jangan sampai hak-hak Allah kita abaikan. Saudaraku, bencana sesungguhnya bukanlah bencana alam yang menimpa orang lain. Bencana sesungguhnya adalah saat kita semakin jauh dari Allah.

Kelima, enggan bersedekah. Siapapun yang kedekut, niscaya hidupnya akan sempit, rezekinya kurang. Sebaliknya, sedekah adalah penolak bala, penyubur kebaikan serta pelipat ganda rezeki. Sedekah bagaikan sebutir benih menumbuhkan tujuh bulir, yang pada tiap-tiap bulir itu terjurai seratus biji. Ertinya, Allah yang Mahakaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali lipat (QS Al Baqarah [2]: 261). Tidakkah kita tertarik dengan janji Allah ini? Maka pastikan, tiada hari tanpa sedekah, tiada hari tanpa kebaikan. Insya Allah, Allah SWT akan membukakan pintu-pintu rezeki-Nya untuk kita. Amin