nuffnang

Tuesday, May 1, 2012

TANDA REZEKI TIDAK BERKAT


Antara tanda rezeki diperoleh tidak berkat ialah:

1 - Jiwa sentiasa tidak tenang walaupun memperoleh dan memiliki harta banyak dan bertimbun.

2 - Harta yang diperoleh menerusi jalan tidak baik mudah habis dan terhakis tanpadiduga dan tidak disedari.

3 - Berasa sombong dan tamak hingga bernafsu untuk menambah dan memiliki lebih banyak harta hingga tindak mementingkan ibadah.

4 - Berasa kedekut dan enggan bersedekah atau mengeluarkan zakat keranamenganggap perbuatan itu merugikan.

5 - Sering ditimpa bencana dan musibah yang tidak disedari. Ini kerana setiap perbuatan mungkar akan mendapat laknat daripada Allah.

6 - Ibadah tidak sempurna dan sukar menerima pendidikan terutama berkaitan agama.

Justeru itu, umat Islam harus merenung dan mengambil iktibar jika berlaku insiden yang terpaksa mengeluarkan wang seperti kereta atau motosikal baru rosak, alat elektrik di rumah tidak berfungsi, anak tiba-tiba sakit dan memerlukan rawatan yang memerlukan belanja yang tinggi, dompet, telefon bimbit dan barang kemas hilang atau kena kebas.


MARILAH  KITE SAMA-SAMA DUDUK DAN BERPIKIR SEKETIKA

No comments:

Post a Comment